KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Lotte Chemical Titan Holding Bhd meningkat kepada RM245.49 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM168.83 juta pada suku ketiga 2025.

Ia disebabkan oleh perbelanjaan susut nilai dan faedah tambahan yang berkaitan dengan projek LINE serta penyusutan margin.

Bagaimanapun, hasil meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM2.85 bilion daripada RM2.44 bilion sebelumnya, menurut kenyataan oleh syarikat itu kepada Bursa Malaysia.

"Projek LINE masih dalam peringkat pentauliahan pada suku ketiga 2025, dengan susut nilai bermula sebaik sahaja operasi komersial dimulakan pada Oktober 2025.