KUALA LUMPUR: Pengurusan Media Mulia Sdn Bhd (Media Mulia) memberi komitmen untuk mengkaji semula keputusan program cuti berbayar yang melibatkan hampir 100 pekerjanya, selain merombak model perniagaan syarikat.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd Wahid Idris, selepas bertemu Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil di Parlimen hari ini.
Abd Wahid berkata, mereka kini masih berada dalam fasa perbincangan lanjut dan kekal terbuka kepada pelbagai pilihan yang bersesuaian demi kelangsungan operasi syarikat serta kebajikan pekerja.
"Dalam masa terdekat, fokus utama kami adalah melakukan penilaian menyeluruh dan melihat kaedah terbaik bagi merombak semula model perniagaan.









