Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa membayangkan kemungkinan Venezuela menjadi negeri ke-51 AS susulan peningkatan kerjasama minyak antara kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Venezuela kerana hubungan kita kini menjadi sangat baik, malah cukup erat," kata Trump kepada penyokongnya pada perhimpunan kempen pilihan raya pertengahan penggal di Corpus Christi, Texas.

Trump turut mengumumkan ketibaan sejuta tong pertama minyak percuma dari Venezuela menerusi perjanjian antara kedua-dua negara.

"Kejayaan bersejarah ini memberikan kita kawalan terhadap sebahagian besar bekalan minyak dunia," kata beliau.