KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Trofi Juara-Juara Asia 2026 di tempat ketiga selepas menewaskan Korea Selatan 5-2 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Punjab, India hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Brandon Carolan menundukkan Korea buat kali kedua pada kejohanan sama selepas turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas lawan berkenaan pada peringkat liga sepusingan.

Kejayaan itu membolehkan skuad negara mengulangi pencapaian menamatkan saingan di tempat ketiga buat kali keenam dalam sejarah kejohanan berkenaan.

Speedy Tigers sebelum ini meraih kedudukan itu lima kali berturut-turut bermula edisi sulung pada 2011 hingga 2018.