PONTIAN: Seramai 312 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 133 wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas PATI di Depot Imigresen Pekan Nanas, di sini, hari ini atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Semua warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, India, Nepal, Pakistan dan China berusia antara 20 hingga 56 tahun itu masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ronie Anak Entili.
Daripada jumlah itu, 197 tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah.
Mereka dijatuhi hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh ditahan.








