PARIS/ROME: Beberapa penerbangan penumpang di seluruh Eropah terganggu pada Khamis susulan laporan ancaman bom, kali kedua berlaku minggu ini, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Pejabat Perdana Menteri Perancis memaklumkan sebuah penerbangan berjadual dari Dublin ke Rom dilencongkan ke Perancis dan mendarat di lapangan terbang tentera Evreux.
Sebanyak 151 penumpang dan enam anak kapal dibawa ke tempat selamat manakala pakar bahan letupan turut dikerahkan ke lokasi, tambah pejabat itu.
Sebuah penerbangan Finnair dari Helsinki mendarat di Lapangan Terbang Rom Fiumicino pada kira-kira 9:30 pagi (0830 GMT) dengan diiringi jet pejuang Tentera Udara Itali, susulan maklumat tanpa nama mengenai kemungkinan ancaman bom di dalam pesawat.









