London: Kira-kira 10 penerbangan di Eropah menjadi sasaran ancaman bom pada Selasa, sekali gus memaksa sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup sementara dan pesawat tentera udara dikerahkan di Rom.
Tiada bahan letupan ditemukan walaupun pemeriksaan menyeluruh dilakukan di darat selepas semua pesawat berkenaan berlepas dan mendarat dengan selamat di beberapa bandar di Eropah dalam tempoh hanya beberapa jam.
Syarikat penerbangan tambang rendah Ireland, Ryanair, dilihat paling terjejas apabila empat penerbangannya ke destinasi berbeza menjadi sasaran ancaman berkenaan.
Polis Metropolitan London mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai ancaman terhadap empat pesawat yang dijadualkan berlepas dari atau tiba di Lapangan Terbang Heathrow, antara hab penerbangan paling sibuk di Eropah, pada Selasa.










