Istanbul: Iran telah mengecualikan kapal-kapal dari India, China, Iraq dan Qatar daripada sekatan transit di Selat Hormuz, kata seorang ahli parlimen kanan Iran pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Amir Hayat Moqaddam, memaklumkan kapal-kapal dari empat negara berkenaan dibenarkan melalui laluan air strategik itu.

"Buat masa ini kami telah mengecualikan India, China, Iraq dan Qatar daripada sekatan transit di Selat Hormuz. Kapal-kapal dari negara ini lalu dengan bebas, dan pihak Amerika Syarikat juga tidak memintas mereka," katanya.

Beliau berkata pengecualian tersebut mencerminkan kepentingan bersama antara Iran dan negara-negara terbabit.