KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dijangka melunaskan denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Pada 14 Oktober lalu, Najib disahkan telah menerima dokumen perintah berkaitan mekanisme tahanan rumah terhadapnya, namun beliau dilarang mendedahkan kandungan dokumen terbabit kepada umum.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu demikian selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bagi kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Shafee turut mengesahkan lokasi tahanan rumah yang dinyatakan dalam dokumen berkenaan adalah kediaman Najib di No. 11, Langgak Duta.Oktober lalu, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman memaklumkan Jabatan Penjara Malaysia telah memberikan penjelasan lanjut mengenai mekanisme tahanan rumah kepada Najib.Pada 19 September lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Penjara Malaysia dijangka menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Najib yang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.MENYUSUL
Najib bayar RM50 juta hari ini?

Key takeaways
Najib dijangka bayar denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi hari ini untuk menjalani tahanan rumah.
- Najib dijangka melunaskan denda RM50 juta untuk tahanan rumah.
- Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menangguhkan hukuman.
- Tahanan rumah Najib akan dilaksanakan di kediamannya di Langgak Duta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Utusan Malaysia , Berita Harian , Free Malaysia Today , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Najib Razak bayar denda RM50 juta hari ini?
- Berita Harian Najib bayar denda RM50 juta hari ini?
- Sinar Harian Najib bayar RM50 juta hari ini? (this story)
- Malaysiakini (BM) Najib bayar denda RM50 juta hari ini? Belum ada arahan, kata peguam
- Free Malaysia Today Peguam Najib tak terima arahan bayar denda RM50 juta hari ini








