Teluk Mas: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Mas merancang membina masjid baharu berdekatan laut, bagi memperkasa syiar Islam sekali gus membangunkan ekonomi setempat.
Kapten (B) Mohamad Jaafar berkata, kedudukan masjid sedia ada iaitu Masjid Teluk Mas yang terletak berhampiran jalan utama adalah kurang sesuai dan berisiko menyebabkan kemalangan.
"Masjid yang ada sekarang tidak sesuai (kedudukan) walaupun masjid itu masjid tradisional dari zaman Raja Haji, zaman Bugis dekat situ.
"Jadi kita hendak ubah masjid itu ke satu tapak yang lain di tepi laut.









