Ipoh: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan bertemu dengan kerajaan Perak susulan dakwaan pelanggaran hak asasi rentetan ancaman perobohan rumah ibadat Biara Gua Sakyamuni di Gunung Kanthan, di sini, untuk aktiviti kuari.

Pesuruhjaya SUHAKAM, Abdul Kadir Jailani Ismail berkata, ia susulan memorandum diserahkan kepada pihaknya oleh kumpulan sami biara gua berkenaan pada 27 Ogos lalu yang antara lainnya mendakwa mereka menerima sekatan akses serta gangguan seperti intermiditasi menerusi dron.

Katanya, perjumpaan bersama kerajaan negeri itu bagaimanapun hanya dapat dilakukan selepas laporan lengkap disiapkan melalui dapatan serta maklum balas diperoleh daripada lapan agensi berhubung pertikaian itu.