PUTRAJAYA – Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol tujuh tahun lalu atau dibebaskan sepenuhnya, akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah, dijadualkan bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membuat keputusan terhadap rayuan Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31 pada jam 9 pagi.Syed Shah Iqmal yang memakai jubah berwarna putih dan ditemani isterinya, Hana Ismail tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi.Pada prosiding 3 Ogos lalu, peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Datuk M Athimulan yang mewakili Syed Shah Iqmal berhujah, Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika mensabitkan anak guamnya atas pertuduhan tersebut.Pembelaan juga memberitahu, ia termasuk dapatan hakim yang melabelkan mangsa sebagai wanita naif.Mereka berhujah, dapatan itu bercanggah dengan keterangan pengadu yang mengatakan dia seorang dewasa, matang dan mampu menjaga keselamatan sendiri.Peguam mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim yang bertindak sebagai responden menafikan perbuatan persetubuhan itu dibuat dengan kerelaan, sebaliknya tanpa persetujuan mangsa.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi 11 September 2019 lalu.Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Adlin Abdul Majid menjatuhinya hukuman berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat, tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu, iaitu selepas 21 hari dijel, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementar
Keputusan rayuan kes rogol Da’i Syed diketahui hari ini

Key takeaways
Keputusan rayuan Da'i Syed mengenai kes rogol akan diumumkan hari ini di Mahkamah Rayuan.
- Da'i Syed, 31, menantikan keputusan rayuan untuk mengetepikan hukumannya.
- Peguam berhujah hakim terkhilaf dalam mensabitkan kliennya.
- Peguam menyatakan hubungan seksual antara pihak berkenaan adalah atas dasar suka sama suka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Rogol budak, Mahkamah Rayuan tambah hukuman penjara jadi 15 tahun
- Sinar Harian Keputusan rayuan kes rogol Da’i Syed diketahui hari ini (this story)
- Berita Harian Keputusan rayuan akhir Da'i Syed diketahui hari ini









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FMalayMeninFrontofUMNOEmblem_842827.png&w=480&output=webp&q=85&we)