MUAR: Seramai 36 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan hasil serbuan ke beberapa premis perniagaan, rumah kediaman serta dusun durian sekitar daerah ini, kelmarin.
Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata semua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu ditahan dalam pemeriksaan jam 3 pagi, berusia di antara 16 hingga 54 tahun.
Beliau berkata, turut ditahan, dua individu warga tempatan yang dipercayai sebagai pengurus premis.
"Kita menjalankan operasi penguatkuasaan melalui Ops Belanja, Ops Sapu, Ops Hijau dan Ops Selera yang mensasarkan premis perniagaan, ladang durian serta premis kediaman di kawasan sekitar Muar.








