PUTRAJAYA – Rayuan akhir pendakwah selebriti Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan merogol tujuh tahun lalu akan diketahui Rabu ini.
Keputusan sama ada rayuan ada Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, dibenarkan atau ditolak akan ditentukan oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Azman Abdullah.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah yang Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.
Pada pendengaran prosiding 3 Ogos lalu, peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan seorang lagi peguam Datuk M. Athimulan yang mewakili Da’i Syed berhujah, Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam mensabitkan perayu selain dapatan melabelkan mangsa sebagai seorang wanita naif.










