Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam putus perintah hakim Mahkamah Sesyen terhadap Hafizul Hawari bertarikh 5 Dis 2025 dikekalkan.SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi menolak rayuan bekas pengurus agensi pelancongan yang memohon hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menembak isterinya dan mencederakan seorang pengawal peribadi, dikira bermula dari tarikh tangkapannya pada 2024.

Hakim Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang supaya hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari, 39, bermula selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan berasingan di Kota Bharu, Kelantan, adalah sah di sisi undang-undang dan adil.

Dalam alasan penghakiman bertarikh 19 Okt lepas, beliau menegaskan keputusan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah