MELAKA - Barisan Nasional (BN) terus melaksanakan projek untuk manfaat rakyat sebaik sahaja diberi mandat, bukannya hanya muncul memperkenalkan diri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, selain memberi tumpuan kepada sektor pelancongan dan pelaburan, kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) serta Hari Mesyuarat Kerajaan Negeri Bersama Rakyat (HEBAT) bagi mendekati masyarakat.Pengerusi MCA Melaka itu berkata, usaha berkenaan bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya, sebaliknya secara berterusan demi pembangunan Melaka."Sejak menjadi wakil rakyat, projek sudah mula berjalan. Ini berbeza dengan parti lain yang hanya muncul memperkenalkan diri apabila pilihan raya semakin hampir."Rakyat dapat melihat perbezaan antara BN dengan parti lain kerana BN ikhlas berjuang untuk rakyat," katanya.Beliau berkata demikian selepas lawatan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ke Bilik Gerakan BN Bukit Rambai pada Ahad.Katanya, beliau mahu DUN Klebang menjadi sebahagian daripada pasukan BN bagi memastikan kawasan itu terus berada di bawah pentadbiran Ketua Menteri.""Berdasarkan maklum balas di lapangan, banyak pihak memberikan sokongan dan saya mempunyai keyakinan penuh bahawa selepas PRN ini, Melaka akan kekal biru dan Ab Rauf akan terus menjadi Ketua Menteri kita"Kita kena terus bekerja keras dan memberikan sumbangan bagi membantu BN Melaka membentuk kerajaan negeri," katanya.DUN Klebang menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRN Melaka ke-16 kali ini.Persaingan itu membabitkan penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Ban Hong yang berdepan cabaran tiga calon lain iaitu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Bersatu), Young Jie Yu (Bersama) dan Farzana Hayani Mohd Nasir (Pakatan Harapan).Pada PRN Melaka 2021, Ban Hong memenangi kerusi DUN Klebang dengan memperoleh 5,028 undi, menewaskan calon PKR, Datuk Gue Teck yang mendapat 4,152 undi dan calon PN, Bakri Jamaluddin dengan 3,884 undi.