KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAB) memaklumkan maklumat sebahagian pelanggannya mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga syarikat penerbangan itu."Insiden itu mungkin menjejaskan maklumat pelanggan tertentu yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026," menurut kenyataan MAB yang disiarkan di laman webnya pada Sabtu (31 Oktober).Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu memberi jaminan bahawa sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas, dan setakat ini tiada bukti yang menunjukkan maklumat kewangan telah diakses."Kami memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan Amadeus dan pihak berkaitan untuk menyiasat insiden berkenaan dan menilai kesannya."Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menggalakkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang komunikasi yang mencurigakan atau tidak diminta, terutama yang mahukan maklumat peribadi atau kewangan," menurut kenyataan itu.Menurut MAB privasi dan perlindungan maklumat pelanggan kekal menjadi keutamaan dan pihaknya akan berkongsi perkembangan selanjutnya sekiranya mendapat maklumat yang lebih terperinci. - Bernama
Maklumat pelanggan mungkin terjejas susulan insiden siber Amadeus – Malaysia Airlines

Key takeaways
Malaysia Airlines mengakui maklumat pelanggan mungkin terjejas akibat insiden siber Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026.
- Insiden siber melibatkan Amadeus mungkin menjejaskan maklumat pelanggan tertentu.
- Sistem teknologi Malaysia Airlines tidak terjejas dan tiada bukti maklumat kewangan diakses.
- Syarikat meminta pelanggan berwaspada terhadap komunikasi mencurigakan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Free Malaysia Today , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Maritim Malaysia teliti SOP susulan insiden anggota maut
- Free Malaysia Today Maklumat pelanggan mungkin terjejas susulan insiden siber Amadeus, maklum MAB
- Sinar Harian Maklumat pelanggan mungkin terjejas susulan insiden siber Amadeus – Malaysia Airlines (this story)









