MAB menegaskan, privasi dan perlindungan maklumat pelanggan kekal menjadi keutamaannya. (Gambar KLIA)PETALING JAYA: Maklumat sebahagian pelanggan Malaysia Airlines Bhd (MAB) mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan pihak ketiga, menurut syarikat penerbangan itu.

“Insiden itu mungkin menjejaskan maklumat pelanggan tertentu yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026,” menurut MAB dalam kenyataan yang disiarkan di laman webnya pada Sabtu, lapor Bernama.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu memberi jaminan, sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas, dan setakat ini, tiada bukti menunjukkan maklumat kewangan telah diakses.