TUJUH pemain warisan yang sebelum ini dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dibenarkan beraksi semula dalam semua aktiviti bola sepak bermula hari ini.Perkara itu dimaklumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu pekeliling bertarikh 30 Oktober, yang mengesahkan hukuman penggantungan terhadap pemain terlibat berakhir semalam.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd mengesahkan kandungan pekeliling yang ditandatanganinya, yang turut tersebar di media sosial adalah benar."Betul, sahih," katanya ketika dihubungi Bernama.Menurut pekeliling itu, ketujuh-tujuh pemain terlibat ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.Daripada tujuh pemain itu, empat daripadanya, iaitu Figueiredo, Palmero, Irazabal dan Hevel beraksi untuk Johor Darul Ta’zim manakala Holgado pula hampir menyertai DPMM FC seperti disahkan kelab dari Brunei itu sebelum ini.Isu melibatkan tujuh pemain itu terbongkar pada September tahun lepas, setelah FIFA mendapati dokumen palsu digunakan bagi menyokong kelayakan tujuh pemain kelahiran luar negara untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa.Pada Mac lepas, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebahagiannya menerima rayuan tujuh pemain terbabit berkaitan hukuman dikenakan oleh FIFA berhubung pemalsuan dokumen naturalisasi dan kelayakan.Dalam keputusan operasi yang dikeluarkan tanpa alasan terperinci, CAS memutuskan tujuh pemain berkenaan masih dikenakan penggantungan selama 12 bulan.Bagaimanapun, larangan itu hanya terpakai kepada perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak. - Bernama
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini – MFL

Key takeaways
Tujuh pemain warisan dibenarkan bermain semula selepas hukuman 12 bulan oleh FIFA tamat hari ini.
- Pemain seperti Facundo Garces dan Rodrigo Holgado kini boleh beraksi semula.
- Hukuman 12 bulan oleh FIFA tamat selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
- Tujuh pemain terlibat dalam kes dokumen palsu untuk kelayakan antarabangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Pemain warisan bakal perkuad skuad Bunga Raya
- Harian Metro Tujuh pemain sah rakyat Malaysia - Ab Ghani
- Berita Harian Tujuh pemain sah rakyat Malaysia - Ab Ghani
- Harian Metro Pintu Liga M kembali terbuka buat tujuh pemain
- Berita Harian Tujuh pemain 'warisan' sudah bebas hukuman FIFA
- Sinar Harian Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini – MFL (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)