SHAH ALAM - Pas diminta tidak memperlekeh dan menghina agenda Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang disertai Ahli Parlimen pembangkang kerana pendekatan itu bertujuan menjamin kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Zakaria Abdul Hamid berkata, tindakan Pas mempertikaikan penyertaan Ahli Parlimen pembangkang dalam CSA tidak sepatutnya berlaku."Secara holistiknya, CSA adalah kaedah untuk menjamin kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan diwakili Ahli Parlimen Bersatu tanpa berkompromi peranan parti sebagai pembangkang di Parlimen."Bersatu Pahang mengecam tindakan Pas memperlekeh dan menghina penyertaan Ahli Parlimen pembangkang dalam CSA ini, dan menggesa mereka juga menyertai CSA seperti disaran sekutu mereka, UMNO!," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Zakaria menasihatkan Ahli Parlimen pembangkang perlu bersikap profesional dengan berbahas secara beradab di Parlimen demi kepentingan pembangunan negara.Beliau berpandangan, mereka turut diingatkan membela nasib rakyat di kawasan masing-masing terutamanya di luar bandar dengan kaedah bijaksana seperti melalui penyertaan agenda CSA.Dalam perkembangan sama, Zakaria berkata, pendirian itu selari dengan keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani CSA sebagaimana ditawarkan Kerajaan Madani.Beliau berkata, sokongan itu diputuskan dalam mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Pahang bersama Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini."Untuk negara memacu masa depan lebih gemilang, barisan pembangkang perlu berperanan lebih produktif dan bersifat pragmatik," tegasnya lagi.
Jangan perlekeh, hina agenda CSA - Bersatu Pahang

Key takeaways
Bersatu Pahang mengecam Pas kerana memperlekeh CSA dan menggesa mereka menyertai perjanjian itu seperti UMNO.
- Bersatu Pahang menuntut Pas tidak memperlekeh agenda CSA untuk kestabilan politik negara.
- Zakaria Abdul Hamid menasihati Ahli Parlimen pembangkang bersikap profesional di Parlimen.
- Pendirian Bersatu selari dengan keputusan Presiden Muhyiddin menandatangani CSA.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kerajaan tandatangani CSA bersama 6 MP Bersatu, tujuh lain
- Malaysiakini Govt signs CSA with Bersatu MPs, 7 other lawmakers
- Malaysiakini How does Madani-Bersatu CSA benefit Anwar?
- Malaysiakini (BM) Bagaimana CSA Madani-Bersatu memberi keuntungan kepada Anwar?
- Sinar Harian Jangan perlekeh, hina agenda CSA - Bersatu Pahang (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)