KUALA LUMPUR: Selepas melalui tempoh 'rehat' panjang, tujuh pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya bebas daripada hukuman itu dan boleh kembali beraksi bermula hari ini.

Mereka yang terbabit ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang sebelum ini dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh badan induk bola sepak dunia itu susulan kes pemalsuan dokumen berkaitan status warisan mereka.

Tempoh penggantungan terhadap ketujuh-tujuh pemain berkenaan secara rasmi berakhir, semalam, sekali gus membolehkan mereka kembali terbabit dalam mana-mana aktiviti bola sepak.

Perkara itu juga sudah dimaklumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu surat bertarikh 30 Oktober 2026 yang dipanjangkan kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M).