KUALA LUMPUR: Status tujuh pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kes pemalsuan dokumen tahun lalu kembali menjadi perhatian apabila mereka difahamkan sudah dibenarkan menyertai semula aktiviti bola sepak bermula hari ini, 1 November 2026.

Perkembangan itu menyusul selepas tular sepucuk surat dari Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di laman sosial yang memaklumkan pelepasan tujuh pemain terbabit selepas tamat tempoh penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan FIFA.

Mengulas perkembangan berkenaan, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan status ketujuh-tujuh pemain itu sebagai rakyat Malaysia bukan perkara baharu kerana ia sudah dimaklumkan kepada semua wakil kelab Liga Malaysia (Liga M) ketika perbincangan meja bulat pada April lalu.