BERLIN – Tindakan perusuh bertopeng menjarah deretan kedai di bandar Frankfurt mencetuskan huru-hara kelmarin selepas siri demonstrasi besar-besaran belia di seluruh Jerman bertukar menjadi keganasan jalanan, memaksa pihak berkuasa melepaskan semburan meriam air.
Keganasan turut tercetus di beberapa bandar utama lain termasuk Berlin, Cologne, dan Hamburg itu menyebabkan beberapa anggota polis cedera apabila diserang dengan lontaran bom Molotov, batu, serta bunga api.
Perhimpunan anjuran kumpulan ‘GenZ regelt!’ (Gen Z Boleh Uruskan!) itu pada asalnya disertai puluhan ribu anak muda bagi menuntut golongan elit politik memberi perhatian serius terhadap nasib generasi baharu, terinspirasi daripada gerakan serupa di Perancis dan Itali.










