Paris, Perancis: Pertempuran tercetus di Paris dan beberapa bandar lain di Perancis pada Sabtu selepas ratusan ribu orang mengadakan demonstrasi untuk minggu ketiga berturut-turut bagi membantah peningkatan kos sara hidup.
Lebih 500 orang ditahan selepas polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perusuh yang bertindak ganas di pinggir demonstrasi, yang turut disertai peserta tetap berpakaian kostum Halloween.
Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, berkata perarakan secara keseluruhannya berlangsung dengan aman, namun beliau mengecam kekacauan yang berlaku, termasuk insiden seorang anggota polis terkena bom petrol di Paris.
Kementerian Dalam Negeri berkata, polis menahan 565 orang di seluruh negara setakat lewat Sabtu.










