FRANKFURT: Beberapa kedai di Frankfurt dirompak perusuh lewat Sabtu, manakala pertempuran tercetus di bandar itu dan beberapa bandar lain di Jerman selepas demonstrasi besar-besaran membantah kos sara hidup yang pada awalnya berlangsung secara aman bertukar ganas.

Insiden keganasan turut dilaporkan di Berlin, Cologne dan Hamburg. Polis memaklumkan mereka menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menyerang petugas kecemasan menggunakan bunga api, batu dan botol.

Ribuan orang sebelum itu menyertai demonstrasi anjuran kumpulan kempen Gen Z regelt, yang bermaksud ‘Generasi Z mengambil tindakan’ bagi membantah kekurangan peruntukan untuk sekolah, kos sara hidup yang tinggi, pemotongan perbelanjaan awam dan khidmat ketenteraan.