Mexico City: Di sebalik kejayaan menggapai impian bergelar juara dunia Formula Satu (F1), air mata Kimi Antonelli mengalir bukan sekadar kerana kegembiraan, sebaliknya sarat dengan kerinduan terhadap insan paling bermakna dalam hidupnya - datuk tercinta yang tidak lagi berpeluang menyaksikan detik bersejarah itu.
Pada usia 20 tahun dan 68 hari, pelumba muda Itali itu mencipta sejarah apabila muncul juara dunia F1 termuda sepanjang zaman selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bersama Mercedes pada Grand Prix (GP) Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez.
Namun, di sebalik sorakan ribuan peminat dan kejayaan yang mengangkat namanya ke puncak dunia permotoran, Antonelli mengakui fikirannya turut terarah kepada datuknya yang amat dirindui.








