PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, akan membuat keputusan bagi rayuan akhir pendakwah selebriti, Da'i Syed, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah, dijadualkan bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid bagi mendengar rayuan akhir Da'i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31.

Syed Shah Iqmal yang memakai jubah berwarna putih dan ditemani isterinya, Hana Ismail, tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi ini.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, sekitar jam 1.35 pagi 11 September 2019.