KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pemilik syarikat berpangkat Datuk kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM1 juta kepada beberapa pegawai polis.

Difahamkan, habuan rasuah itu sebagai balasan melindungi dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penyeludupan rokok tanpa cukai.

Semua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki yang juga pemilik syarikat, dan dua orang wanita yang terdiri daripada guru tuisyen dan pegawai pemasaran berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan pada Ahad lalu kira-kira jam 4 petang.

Sumber berkata, operasi penahanan itu dilaksanakan di Putrajaya, Selangor, dan Johor.