Kuala Lumpur: Eksport perkhidmatan Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh tahun ini, selepas mencatat peningkatan 15.6 peratus pada tahun lalu, disokong perkembangan sektor teknologi termasuk pusat data.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin berkata, beliau optimis terhadap prospek perdagangan perkhidmatan negara untuk tahun ini.

Katanya, Malaysia mempunyai asas perkilangan yang kukuh, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi terhadap pelbagai perkhidmatan termasuk kejuruteraan, teknologi maklumat (IT), peningkatan produktiviti dan kecekapan tenaga.

"Tahun lalu kita mencatat pertumbuhan yang sangat besar, iaitu 15.6 peratus. Saya rasa momentum itu akan berterusan, termasuk dengan perkembangan pusat data dan sebagainya.