KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Pendidikan wanita pertama negara, Tan Sri Asiah Abu Samah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Hospital KPJ Damansara akibat sakit jantung pada jam 5 pagi tadi.
Berita duka itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Shafinaz Shamsudin.
Shafinaz berkata, urusan mandi dan kafan jenazah dijadualkan pada jam 10 pagi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, sebelum disolatkan selepas solat zuhur.
"Jenazah Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara," katanya ketika dihubungi.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajib23121_480507.png&w=480&output=webp&q=85&we)