KUALA LUMPUR: Keselamatan negara susulan peningkatan ketegangan ketenteraan di rantau Asia Pasifik, hala tuju tadbir urus universiti selepas pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), serta usaha mengekang iklan badal haji meragukan ialah antara perkara akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, pada sesi soal jawab, William Leong Jee Keen (PH-Selayang) meminta Menteri Pertahanan menjelaskan pendirian kerajaan dalam menghadapi peningkatan ketegangan dan eskalasi ketenteraan di rantau Asia Pasifik, khususnya langkah memastikan keselamatan negara serta kestabilan ASEAN terus terpelihara.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dalam soalan kepada Menteri Pendidikan Tinggi pula bertanya mengenai jaminan kerajaan bahawa pemansuhan AUKU tidak akan mewujudkan kelompangan perundangan atau ketidakpastian dalam pentadbiran universiti, dan prinsip utama yang akan menjadi asas kepada One Higher Education Act yang baharu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajib23121_480507.png&w=480&output=webp&q=85&we)