Ipoh : Suka duka kehidupan keluarga pembantu pembersih pejabat, Normala Razali, bertukar menjadi ujian berat apabila anak perempuannya, Nurul Aqila Rashid, 24, secara tiba-tiba mengalami pendarahan otak sewaktu sedang bekerja.
Nurul Aqila yang juga ibu kepada dua anak dan anak kelima daripada sembilan beradik itu kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jagaan ibu kandung dan suaminya.
Keadaan kesihatan Nurul Aqila menuntut perbelanjaan asas yang tinggi merangkumi bekalan susu khas (Ensure), pampers serta ubat-ubatan yang dianggarkan mencecah RM2,500 sebulan.
Ibu mangsa bersama suaminya terpaksa menggunakan wang simpanan dan gaji bulanan bagi menampung kos keperluan berkenaan berikutan belum menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi mahupun individu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajib23121_480507.png&w=480&output=webp&q=85&we)
