Munich: Pemenang Ballon d'Or, Harry Kane, melanjutkan komitmennya bersama Bayern Munich selepas menandatangani lanjutan kontrak sehingga 30 Jun 2029, umum kelab Bundesliga itu, hari ini.
Kane berkata, dia berasa selesa bersama kelab gergasi Jerman berkenaan dan mahu terus mencipta kejayaan pada masa depan.
"Saya menyayangi kelab ini, penyokong dan bandar Munich. Kami mempunyai pasukan yang hebat serta jurulatih yang cukup bagus menerusi Vincent Kompany.
"Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada kelab ini. Seluruh keluarga saya juga gembira berada di sini.









