Key takeaways
Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bekas isteri Najib Razak, berusia 65 tahun, meninggal dunia pada petang ini. Maklumat disampaikan oleh anaknya, Nizar Najib, melalui Facebook.
- Tengku Puteri Zainah berumur 65 tahun.
- Kematian diumumkan oleh anaknya, Nizar Najib, di Facebook.
- Kata takziah mengucapkan terima kasih atas kasih sayang dan doa.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Bekas isteri Datuk Seri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, meninggal dunia petang ini.
Perkara itu dikongsikan anaknya, Nizar Najib menerusi hantaran di Facebook.
"Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un. Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian bonda tercinta, Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah.
"Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.