PORT DICKSON: Sebanyak 563.612 tan metrik hasil tangkapan ikan didaratkan nelayan di Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, berbanding 653.373 tan metrik sepanjang tahun lalu.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, jumlah tersebut hanya mampu memenuhi lapan peratus daripada keseluruhan keperluan bekalan ikan rakyat di negeri ini.
Bagaimanapun katanya, kualiti hasil tangkapan ikan di Negeri Sembilan menyumbang kepada nilai pasaran lebih tinggi berbanding kawasan lain.
“Kalau kita lihat, cara orang menangkap ikan di sini menggunakan bot kecil atau sampan sahaja, jadi kualiti ikan lebih baik.








