Alor Gajah: Syarikat semikonduktor Infineon memerlukan kira-kira 3,000 tenaga kerja di Kedah termasuk jurutera dan pekerja separa profesional yang mempunyai kemahiran tambahan dalam bidang teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keperluan tenaga kerja itu dimaklumkan kepimpinan Infineon ketika beliau mengadakan pertemuan dengan pihak syarikat berkenaan.
Katanya, keperluan industri itu bukan hanya tertumpu kepada jurutera, sebaliknya turut membabitkan tenaga kerja yang mempunyai latihan dalam bidang kejuruteraan dan disiplin berkaitan.
"Bila saya jumpa pimpinan Infineon, dia memerlukan segera 3,000 jurutera atau separa, bukan semestinya jurutera, anak-anak dilatih dalam bidang kejuruteraan dan disiplin lain tetapi punyai kemahiran tambahan termasuk dari beberapa disiplin baru dan kecerdasan buatan.








