KUALA LUMPUR: Seramai 62 Ahli Parlimen pembangkang tidak menerima tawaran Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) daripada kerajaan, berbeza dengan 13 wakil pembangkang yang menandatangani perjanjian berkenaan pada 29 Oktober lalu.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sebelum ini pernah mengemukakan draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang bertarikh 1 Ogos 2024 melalui Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, draf tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bahawa Ahli Parlimen pembangkang akan menerima peruntukan setara dengan wakil kerajaan seperti yang diperuntukkan dalam MoU pada 2021.

“Bagi kami yang terdiri daripada 62 orang Ahli Parlimen ini, kami tidak menerima tawaran CSA daripada pihak kerajaan.