MEMBACA salah satu kemahiran asas yang penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak.

Kemahiran ini membantu mereka memahami arahan, mengikuti proses pembelajaran di sekolah dan memperoleh maklumat daripada pelbagai bahan bacaan.

Namun, terdapat kanak-kanak yang menghadapi kesukaran membaca sedangkan sudah diberikan latihan dan bimbingan yang mencukupi. Keadaan ini tidak seharusnya dianggap sebagai tanda, mereka malas atau tidak berminat untuk belajar.

Kesukaran membaca boleh berlaku atas pelbagai sebab. Sesetengah kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mengenal huruf, menghubungkan huruf dengan bunyi, mengeja perkataan atau memahami kandungan yang dibaca.