GEORGETOWN: Pengarah syarikat yang menjalankan perniagaan spa dan pusat kecantikan, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas 12 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan bagi tempoh bercukai dari 1 Jun 2024 hingga 21 Julai 2025.
Foo Kok Keong, 44, yang mewakili syarikat terbabit bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan, syarikat Areoma Wellness Sdn Bhd sebagai Orang Berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan membabitkan jumlah tunggakan keseluruhan termasuk penalti sebanyak RM 89,093.82.
Kok Keong didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26 (8) Akta Cukai Jualan 2018 dibaca bersama Seksyen 78 Akta Cukai Perkhidmatan 2018, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.









