KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membatalkan persetujuan penyelesaian cukai dan penalti berjumlah RM4.8 juta.
Hakim S. Indra Nehru memutuskan demikian selepas mendapati terdapat isu undang-undang yang perlu dibicarakan dalam kes itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 16 November ini bagi pengurusan kes seterusnya.
Sebelum ini, dalam prosiding terdahulu peguam, Nicholas Mark Pereira yang mewakili Abdul Azeez berhujah, pembatalan berkenaan boleh dicabar kerana Seksyen 96A(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan taksiran komposit sebagai muktamad dan konklusif.









