KUANTAN: Pemuda 23 tahun ditahan selepas polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM711,452 dalam serbuan di kawasan tempat letak kereta dan sebuah apartmen, di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata dalam serbuan jam 7.50 malam pihaknya merampas dadah 48,329.85 gram, membabitkan serbuk dan cecair disyaki MDMA, ketamin, pil ekstasi serta Erimin 5.

Rampasan itu merangkumi 6,627.56 gram serbuk MDMA, 41,650 gram cecair MDMA, 41.94 gram ketamin, 8.98 gram pil ekstasi dan 1.37 gram pil Erimin 5.

"Semakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif penyalahgunaan dadah.