PETALING JAYA – Bekas suami pelakon Syida Melvin, Syafiq Azim meluahkan rasa kesal apabila perselisihan faham yang berlaku antaranya dengan bekas isteri meleret ke media sosial sedangkan kes mereka sedang dalam proses perundangan di mahkamah.

Dalam masa sama, Syafiq mendakwa segala pertelingkahan berhubung isu kediaman yang pernah dihuni mereka ketika masih bergelar suami isteri adalah tidak benar.

“Saya nak terangkan apa yang berlaku adalah salah dan tak patut berlaku.

“Tidak patut dimuat naik sehingga tular kerana kita masih ada prosiding mahkamah.