Seramai 5,234 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut.
Key takeaways
Angkatan Tentera Malaysia bersedia menghadapi banjir dengan 5,234 anggota, 314 pegawai, 4,920 anggota lain, serta 589 aset mobiliti darat, 344 aset mobiliti air, dan aset mobiliti udara.
- 5,234 anggota ATM siap siaga menghadapi banjir Monsun Timur Laut.
- 314 pegawai dan 4,920 anggota lain-lain pangkat terlibat.
- ATM menyediakan 589 aset mobiliti darat, 344 aset mobiliti air, dan aset mobiliti udara.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR – Seramai 5,234 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kekuatan itu membabitkan 314 pegawai dan 4,920 anggota lain-lain pangkat.
Beliau berkata, ATM turut menyediakan 589 aset mobiliti darat dan 344 aset mobiliti air bagi membantu operasi menyelamat serta pengurusan bencana sekiranya berlaku banjir.
Menurutnya, aset mobiliti udara juga sentiasa disediakan sekiranya terdapat keperluan sepanjang tempoh berkenaan.