WASHINGTON: Pasukan peguam Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, memfailkan permohonan baharu untuk menggugurkan pertuduhan terhadap anak guam mereka di Amerika Syarikat (AS) dengan berhujah bahawa beliau mempunyai kekebalan mutlak daripada pendakwaan sebagai ketua negara, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Peguamnya berhujah bahawa Maduro berhak mendapat kekebalan mutlak daripada pendakwaan di AS kerana beliau masih memegang jawatan sebagai ketua negara ketika diculik.
"Maduro kekal berhak mendapat kekebalan kedaulatan (sovereign immunity) atas dua asas berasingan, iaitu kekebalan berdasarkan kedudukannya sebagai ketua negara Venezuela ketika kerajaan AS menculiknya secara tidak sah dan membawanya ke mahkamah ini.








%2Ffile%2F1101%2Fab0c8377ddb86b496a9939fa5965e5ae.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)