KOTA BHARU: Pelawak Amir Raja Lawak yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, sejak malam tadi bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, keadaan kesihatan Amir ketika ini dilaporkan stabil dan tidak ditidurkan seperti khabar angin yang tular di media sosial sejak semalam.
Menurutnya, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37, dimasukkan ke ICU kira-kira jam 11.30 malam berikutan keadaannya memerlukan pemantauan rapi.
"Amir dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu selepas mengalami masalah kesihatan akibat penyakit asma yang dihidapinya sejak kecil.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)

