KUALA LUMPUR: Individu yang dikenal pasti menjadi dalang atau punca provokasi sehingga mencetuskan pergaduhan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) berdepan pelbagai bentuk hukuman berat termasuk penggantungan perlawanan serta denda ribuan ringgit.

Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli menegaskan sebarang perlakuan yang menghasut kebencian atau merangsang kelakuan ganas tidak akan terlepas daripada tindakan tatatertib di bawah peruntukan sedia ada.

Menurutnya, Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai artikel khusus bagi menangani isu provokasi dan hasutan, yang membolehkan hukuman penggantungan tempoh lama dikenakan ke atas pesalah individu.

"Kesalahan menghasut kebencian dan kelakuan ganas di bawah Artikel 55 membawa hukuman penggantungan tidak kurang daripada enam perlawanan serta denda minimum RM1,500.