KUALA LUMPUR: Perceraian bukan sahaja mengubah kehidupan peribadi pelakon dan pengarah, M Jamil, malah meninggalkan kesan terhadap emosinya apabila dia masih dibelenggu kesedihan selepas berpisah dengan isteri, Shahrila Markom, 28 Oktober lalu.
Anaknya, Sadiq Jamil, berkata keadaan kesihatan bapanya yang kurang memuaskan sehingga terlantar di katil turut menjejaskan emosinya, apatah lagi apabila tidak lagi ditemani isteri di sisi.
"Sejujurnya, ayah memang masih sedih. Keadaannya yang terlantar di katil dan ketiadaan isteri di sisi menyebabkan dia tidak begitu gembira. Kemurungannya dapat dilihat dan kesihatannya juga masih belum pulih.
"Kami adik-beradik sentiasa memberikan sokongan, termasuk menjaga makan minumnya. Kami mahu memastikan ayah kembali sihat dan gembira.






