KUALA LUMPUR: Manulife Malaysia melancarkan Manulife Prestige Club, program keahlian yang menyediakan sokongan khusus, layanan keutamaan dan keistimewaan terpilih kepada pelanggan berpendapatan tinggi yang layak.
Manulife Malaysia dalam satu kenyataan berkata, program itu merangkumi keperluan insurans, perancangan kesihatan, pengurusan kekayaan dan pewarisan menerusi pengalaman yang disesuaikan dengan keperluan peribadi ahli.
Ahli akan diberikan pegawai perhubungan khusus bagi mendapatkan bantuan, selain layanan keutamaan untuk tuntutan yang layak, permohonan perniagaan baharu dan urusan pengurusan polisi.
Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia, Vibha Coburn, berkata program itu mencerminkan penghargaan syarikat terhadap kesetiaan pelanggan dan komitmennya untuk memberikan perlindungan serta perkhidmatan yang berkembang mengikut keperluan mereka.






