KOTA BHARU: Kedudukan 45 penghulu tanpa mukim dan 24 ahli majlis daerah daripada BERSATU di Kelantan belum diketahui setakat ini.
Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor bagaimanapun berharap, mereka kekal dan terus berkhidmat pada tahun hadapan.
"Terdapat 45 penghulu tanpa mukim dan 24 ahli majlis daerah yang dilantik kerajaan negeri (adalah) dalam kalangan ahli BERSATU.
"Setakat ini, status kedudukan mereka belum diketahui, namun kita berharap semua mereka akan terus disambung perkhidmatan untuk tahun hadapan.









