ALOR GAJAH: Menawarkan inisiatif kebajikan bermula daripada kelahiran bayi hingga sumbangan kepada waris keluarga yang meninggal dunia antara tawaran calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz, sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menerusi manifesto Tekad Keluarga Rumbia: Semarak Rumbia Keluarga Kita, Ahmad Norazril berkata, beliau menggariskan enam teras utama sebagai hala tuju pembangunan kawasan berkenaan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, menerusi teras kebajikan, beliau bercadang memperkenalkan Inisiatif Permata Keluarga Rumbia khusus untuk menyantuni keluarga yang menerima cahaya mata baharu selain Sumbangan Waris Keluarga Rumbia bagi membantu keluarga yang kehilangan ahli keluarga.